Thumb_SSD_Portable_02

 

Samsung dalam laman mereka pada 6 januari 2015 telah melancarkan produk storan luaran terbaru yang di beri nama T1  yang memberi keupayaan storan berkelajuan tinggi dalam saiz yang lebih kompak dan kecil dan Di kuasakan dengan teknologi samsung 3D Vertical NAND (V-NAND) . Akan di keluarkan dalam jumlah storan 250 gigabyte (GB), 500GB dan 1 terabyte (TB).

 

 

dengan kelajuan menulis/membaca 450 megabytes per saat (MB/s) dengan antaramuka USB 3.0 berkelajuan tinggi  dan menulis/membaca secara rawak pada kelajuan sehingga  8,000 kemasukan/pengeluaran per saat (IOPS) dan 21,000 IOPS pada setiap peranti , Keupayaan ini bersamaan storan dalaman SSD sedia ada .

Selain dari kelajuan ianya juga di cipta dengan ciri-ciri keselamatan AES 256-bit encryption untuk pekakasan , selain dari itu , ianya juga di reka supaya dayatahan dari hentakan dan gegaran yang boleh mengaikbatkan ralat kepada simpanan data terjadi .

 

Sumber :

http://www.samsung.com/global/business/semiconductor/news-events/press-releases/detail?newsId=13881

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM