Samsung Melancarkan TV Pintar QLED Dengan Kecekapan Tenaga Kelas Pertama

Samsung sedia terkenal dengan pengeluaran panel skrin yang hebat. Tidak kira untuk telefon pintar atau televisyen, Samsung adalah antara yang terbaik. Era televisyen dengan skrin OLED sudah hampir tamat, ia kini sedia diganti dengan QLED ataupun Mini-LED. Sasaran panel seperti ini adalah untuk penjimatan penggunaan tenaga, mempunyai jangka hayat yang lebih baik ataupun mengurangkan masalah tunaskrin.

Samsung di Korea baru-baru ini telah melancarkan televisyen pintar QT67 yang diiktiraf dengan kecekapan tenaga kelas pertama. Ia adalah sebuah televisyen yang menggunakan panel QLED, mampu menghasilkan warna yang jitu 100% dan menyokong Quantum HDR. terdapat enam saiz yang ditawarkan iaitu 43″, 50″, 55″, 65″, 75″ dan 85″. Harga permulaan televisyen ini adalah dari KRW 990,000 (~RM3533) dan mencapai sehingga KRW 5,490,000 (~RM19590).

Melalui televisyen seperti ini, pengguna tidak perlu risau mengenai bil elektrik melambung tinggi. Dalam situasi Covid-19, bil elektrik di Malaysia hanya dianggarkan sahaja dan ini mungkin masa terbaik untuk memiliki televisyen seperti ini. Harapnya ia akan dijual di Malaysia suatu hari nanti.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*