TechSemut Malaysia

Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina

Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina

Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina
Jun 19
09:20 2017

Benda paling menjengkelkan tentang jam pintar ialah ia perlu dicas lebih kerap berbanding jam biasa. Secara purata jam tangan pintar perlu dicas setiap dua hari. Ia turut memerlukan pengecas khas yang sukar untuk dibawa. Samsung menyedari masalah ini dan mempatenkan kerangka untuk telefon pintar dengan pengecas jam tangan pintar terbina.

Kerangka dengan rekaan folio ini mempunyai pad pengecasan tanpa wayar untuk jam tangan pintar pada bahagian penutup. Ia turut mempunyai pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar terletak pada penutup belakang. Dengan satu sambungan USB-C, kerangka ini mampu mengecas dua peranti serentak.

Turut difailkan ialah rekaan kerangka untuk tablet dengan sistem yang sama. Bagi mereka yang tidak suka membawa lebih daripada satu pengecas apabila keluar dari rumah, rekaan kerangka ini pastinya menarik.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com