Berita Menarik

Samsung Mempatenkan Peranti Dengan Bingkai Lebih Nipis Dan Skrin Sekunder Di Belakang

Pembaca : 6
0 0

Sewaktu pelancaran Samsung Galaxy S8, Samsung memperkenalkan skrin Infinity Display – iaitu skrin melengkung dengan bingkai yang nipis. Sewaktu pelancaran, Samsung adalah satu-satunya peranti dengan nisbah skrin paling banyak tanpa takuk.

Terkini, mengikut lakaran daripada paten yang didaftarkan Samsung – sebuah peranti dengan bingkai yang lebih nipis diperlihatkan. Ini mungkin adalah skrin Infinity Display generasi baru. Selain itu, peranti ini juga mungkin akan mempunyai skrin sekunder di panel belakang peranti. Ini juga bukanlah peranti pertama dengan skrin sekunder – sebelum ini kita pernah lihat kehadiran Meizu Pro 7 dan juga Yota Phone.

Tidak pasti jika ini adalah rekaan untuk Galaxy S10 akan datang atau juga salah satu rekaan siri Galaxy Note untuk pelancaran di masa hadapan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan inovasi peranti Samsung di masa hadapan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.