Galaxy Fold ialah telefon pintar yang apabila dibuka berubah menjadi tablet. Pada hemat kami ia adalah peranti yang akan melipatgandakan produktiviti penggunaannya. Samsung telah mengesahkan peranti boleh-lipat mereka yang seterusnya menggunakan rekaan clamshell. Tetapi tidak mengejutkan jika seterusnya Samsung akan melancarkan tablet yang boleh dilipat pula.

Samsung mempatenkan rekaan sebuah tablet yang boleh dilipat. Tidak seperti Fold, tablet ini tidak mempunyai skrin sekunder pada bahagian luar. Ia jelas hanya sekadar sebuah tablet yang boleh dilipat bagi memudahkan simpanan di dalam beg misalnya. Tidak seperti Fold, tablet ini boleh dilipat separuh yang membolehkannya digunakan seperti sebuah komputer riba. Separuh skrin kemudiannya akan memaparkan papan kekunci maya.

Menarik sekali peranti tidak dilihat mempunyai sebarang lubang kamera. Berkemungkinan besar kamera pada tablet ini diletakkan di bawah skrin seperti rekaan yang pernah dipatenkan dahulu. Turut dapat dilihat ialah empat pembesar suara pada bahagian sisi. Kemunculan paten tidak bermakna peranti akan dihasilkan. Tetapi dengan paten ini menunjukkan masa depan peranti skrin boleh-lipat mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.