Berita Menarik

Samsung Mempatenkan Sistem Dwi-Kamera – Mungkin Untuk Galaxy Note 8

Pembaca : 11
0 0

Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus yang bakal dilancarkan esok berbeza dari kebanyakan peranti utama yang telah dilancarkan kerana tidak menggunakan sistem dwi-kamera. Sebaliknya kamera 12-Megapixel OIS f/1.7 Duo-Pixel yang digunakan pada S7 dipertingkatkan dengan sistem pemfokusan laser sahaja. Ini tidak bermakna Samsung tiada perancangan untuk menggunakannya pada peranti keluaran mereka. Dari paten yang difailkan mereka, kemungkinan besar ia akan akhirnya muncul pada peranti Galaxy Note 8 kelak.

Paten rekaan untuk sistem dwi-kamera ditemui di dalam pangkalan data jabatan paten Korea Selatan. Rekaannya pada peranti juga didedahkan dan ia dipasang secara menegak. Dokumen paten ada menyebut mengenai sistem zoom, kemampuan mengesan kedalaman serta sistem OIS terbina. Adakah sistem dwi-kamera fungsi yang anda rasakan perlu ataupun masih sekadar gimik pemasaran?

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.