Samsung Memperacah Peranti Skrin Boleh Lipat Menerusi Gambar Profil Media Sosial

Penantian selama hampir tiga tahun untuk peranti skrin boleh lipat Project Valley mungkin akan berakhir dalam masa terdekat. Gambar profil akaun-akaun media sosial Samsung telahpun dikemaskini hari ini bagi memperacahkan pelancaran peranti yang mungkin berlaku seawal minggu ini.

Seperti anda dapat lihat, gambar profil yang digunakan adalah logo Samsung telah dilipat dua. Menurut laporan laman Chosun dari Korea Selatan, antaramuka peranti “Galaxy X” terlebih dahulu akan diperlihatkan di Samsung Developer Conference yang berlangsung pada 7-8 November

Sebelum ini Samsung dilaporkan bekerjasama dengan Google untuk membangunkan antaramuka Android khusus untuk peranti dengan skrin boleh lipat. Walaupun mereka yang terawal mengesahkan pembangunan peranti dengan rekaan unik ini, peranti pertama dengan skrin boleh dilipat terlebih dahulu dilancarkan oleh Royole minggu lalu.

Samsung Galaxy X

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.