Samsung Memperkenalkan 18 Pelekat AR Emoji Baharu Untuk Pengguna Galaxy S9 Dan S9+

Pada Samsung Galaxy S9 dan S9+, fungsi AR Emoji diperkenalkan bagi membolehkan pengguna menghasilkan avatar tiga dimensi mereka. Sejurus selepas ia digunakan untuk pertama kali, peranti akan menghasilkan 18  pelekat AR Emoji berwajah pengguna dalam bentuk GIF yang kemudian boleh dikongsi ke media sosial.

Aplikasi My Emoji Maker telahpun dikemaskini dan membawakan 18 lagi pelekat AR Emoji untuk kegunaan pengguna. Ini membawakan jumlah keseluruhan pelekat yang ditawarkan kepada 36. Pihak Samsung akan menambah 18 lagi pelekat dengan kemaskini seterusnya. Bagi pengguna Galaxy S9 dan S9+, anda boleh melakukan kemaskini aplikasi menerusi Galaxy Apps menerusi pautan di bawah.

Kemakini aplikasi My Emoji Maker dari Galaxy Apps [/donwload] Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.