Samsung hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu  Exynos 2100. Ia merupakan cip pemprosesan mercu terbaru dari pengeluar Korea Selatan berkenaan, dan dibina berasaskan kepada teknologi 5nm EUV (Extreme Ultra Violet).

Cip Exynos 2100 ini menggunakan gabungan teras Cortex-X1 pada kelajuan 2.9Ghz, tiga teras Cortex-A78 pada kelajuan 2.8Ghz, dan empat teras Cortex-A55 pada kealjuan 2.2Ghz.

Samsung mengatakan cip ini menawarkan prestasi 30% lebih baik berbanding generasi sebelum ini, selain penggunaan Mali-G78 MP14 GPU yang menawarkan prestasi GPU 40% berbanding sebelum ini.

Disamping itu, ia turut menyertakan integrasi NPU untuk pemprosesan kecerdasan buatan  lebih efisien.

Cip pemprosesan ini turut menawarkan sejumlah sokongan, termasuk integrasi 5G, sokongan memori LPDDR5, panel paparan dengan kadar segar semula 144Hz, selain kamera utama sehingga 200MP.

Samsung dijangka akan menggunakan cip pemprosesan ini bersama-sama Galaxy S21 kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.