Jika anda memandu , dan melalui jalan gua musang atau jalan-jalan 2 lorong di malaysia kemudian di hadapan anda ada sebuah lori trak yang bergerak pelahan pasti akan membuatkan pemanduan ada bosan dan meletihkan . Malah untuk memotong ia mengambil resiko yang tinggi kerana anda tidak dapat melihat setuasi sebenar di hadapan trak tersebut memandangkan saiz nya yang agak besar.

Pihak samsung argentina telah  memperkenalkan trak yang tersedia skrin di belakan yang akan memaparkan video live apa yang berada di hadapat trak samsung ini. Ia seperti satu cermin yang membolosi trak dan melihat melalui pandangan depan trak . Ini akan menjadikan pemandu di belakan lebih jelas melihat keadaan di hadapan dan memudahkan mereka untuk memotong .

semi-trailer-display-video-screen-live-feed-safety-truck-samsung-1-e1435098897684

 

Pastinya perkara ini amat di nantikan oleh semua pengguna jalan raya di seluruh dunia . Memandangkan screen paparan semakin nipis dan rengan dan kos makin murah , tidak mustahil pada masa akan datang ia menjadi satu kewajipan bagi semua trak dan lori-lori besar di dunia untuk menyediakan skrin sebegini.

 

Pandangan di waktu malam

Kini Memotong bukan lagi masalah bagi pemamdu di belakang

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM