Samsung Electronics kini mengeluarkan dua kemaskini perisian untuk telefon pintar Galaxy S8 terbaru mereka, selepas para pengguna membuat aduan mengenai masalah skrin dengan tona berwarna merah jambu, selain masalah sambungan WiFi yang tidak stabil.

Samsung Galaxy S8 telah dijual di beberapa buah negara sejak minggu lepas, dan akan dijual di Malaysia bermula awal Mei 2017 ini. Melalui kemaskini perisian ini, Galaxy S8 akan mengatasi masalah berkenaan – dan tidak lagi perlu mengatasinya secara manual.

Berbeza dengan masalah bateri pada Note 7, untuk masalah pada Galaxy S8, ia adalah berkaitan dengan perisian. Selain kemaskini ini, kemaskini berasingan turut akan ditawarkan untuk mengatasi masalah bersambung kepada beberapa rangkaian WiFi. Tiada sebarang masalah berkaitan dengan perkakasan pada Galaxy S8 buat masa ini, menurut Samsung.

Samsung pada suku pertama tahun 2017 ini memperlihatkan pegangan pasaran dengan 26% jualan telefon pintar, berbanding hanya 17% untuk Apple, menurut TrendForce. Apple dijangka memperkenalkan telefon iPhone terbaru dalam beberapa bulan lagi, termasuk edisi khusus bersempena ulang-tahun ke-10 iPhone.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.