Samsung Mencatatkan Keuntungan RM 35 Billion Walaupun Selepas Insiden Melibatkan Galaxy Note 7

Samsung mengumumkan keuntungan suku ke-empat mereka hari ini yang mencecah Won 9.22 Trillion ( ~RM 35 Billion). Ini juga merupakan keuntungan suku ke-empat tertinggi mereka dalam masa tiga tahun. Masalah letupan Galaxy Note 7 nampaknya tidak mendatangkan impak yang negatif terhadap keuntungan syarikat. Sepanjang 2016, Samsung mencatatkan keuntungan Won 29.24 trillion (~RM 111 Billion).

Bahagian peranti mudah alih turut menunjukkan peningkatan keuntungan berbanding tahun lalu. Keuntungan suku ini didorong oleh jualan panel LCD, OLED dan memori yang meningkat. Bagi bahagian peranti mudah alih pula, jualan yang tinggi oleh peranti utama Galaxy S7 dan S7 Edge mengisi kekosongan akibat penarikan semula Note 7. Pada waktu yang sama keuntungan bahagian produk pengguna menunjukkan penurunan kerana peningkatan kos menghasilkan panel TV serta nilai matawang Korea  yang tidak stabil.
Source: amanz

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.