Semasa Samsung baru sahaja melancarkan TWS terbaru mereka, Galaxy Buds Prokemaskini terus diedarkan bagi menambah baik prestasi ANC, mod ambien serta keseimbangan audio. Galaxy Buds Pro merupakan TWS yang dilancarkan serentak dengan Galaxy S21, menggunakan rekaan jenis dalam telinga dengan kemasan seakan Galaxy Buds Live. Ia dijual di Malaysia pada harga RM799.

Terkini, Samsung telah mengedarkan kemaskini baharu – R190XXU0AUB3 dengan saiz muat turun hanya 2.2MB. Kemaskini ini menambah baik lagi prestasi mod pembatalan hingar aktif, mod ambien dan mempunyai sistem yang lebih stabil. Kaedah penggunaan satu fon telinga sahaja turut diubah untuk memudahkan lagi pengguna.

Untuk memuat turun kemaskini ini, buka sahaja aplikasi Galaxy Wearable dan pergi ke bahagian Earbuds software update dan tekan Download and install.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.