Bersama-sama pengumuman berkaitan penyata kewangan untuk suku pertama 2020, pihak Samsung kini turut mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar premium mereka seperti biasa.

Samsung mengatakan mereka akan terus menawarkan produk pelbagai pada segmen premium dengan pelancaran model Galaxy Note baru, dan juga telefon pintar baru.

Ini selari dengan laporan sebelum ini mengatakan Galaxy Note 20 akan dilancarkan seperti dijadualkan, termasuk pengenalan Galaxy Fold 2.

Samsung sebelum ini turut telah mengatakan mereka menyasarkan jualan telefon pintar mungkin berkurangan berbanding tahun lepas disebabkan penularan wabak Covid-19 ini, tetapi mereka dilihat masih stabil dan meneruskan pelancaran seperti biasa.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.