Samsung kini mengumumkan bahawa mereka telah menjadualkan sebuah acara pengenalan khas yang bakal berlangsung pada 6 Januari depan. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh pihak Samsung menerusi sebuah entri di laman web rasmi mereka dengan memperlihatkan imej yang berlatar belakang hitam bersama tulisanThe First Look 2021“.

Samsung bagaimanapun tidak pula berkongsi lebih lanjut mengenai produk yang bakal diperkenalkan. Sebaliknya, sekadar mengatakan mereka bakal membawakan satu pengalaman teknologi skrin yang baru menerusinya. Meskipun mereka dilihat cuba berteka-teki, poster acah yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai produk.

Ia memperlihatkan rekaan seakan televisyen – di mana jelas kelihatan skrin untuk televisyen Serif baharu, skrin lebih kecil untuk tablet dan kemungkinan besar skrin boleh lipat. Tetapi, jikalau mengikut pelbagai ketirisan yang berlaku sejak kebelakangan ini, kita juga mungkin boleh melihat pengenalan produk untuk telefon dengan skrin boleh-gulung.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.