Samsung Menutup Bahagian Pembangunan Cip CPU Buatan Sendiri

Samsung hari ini mengesahkan penutupan pembangunan cip CPU mereka sendiri yang terletak di Texas Amerika Syarikat. Penutupan ini mengakibatkan 290 pekerja akan kehilangan kerja bermula 31 Disember 2019. Menurut laporan WCCFTech, Samsung akan hanya menggunakan CPU keluaran ARM sahaja selepas ini.Exynos 8890 yang digunakan pada Galaxy S7 tiga tahun yang lalu adalah yang pertama menggunakan Cip Mongoose yang direka oleh Samsung. Cip Mongoose M5 ialah cip rekaan sendiri yang terkini dan ditemui pada Exynos 990. Alasan yang diberikan Samsung ialah mereka ingin kekal kompetitif di dalam pasara penghasilan cip.

Sejak awal tahun ini perniagaan cip Samsung mengalami pengurangan keuntungan yang mencecah 50% pada setiap suku. Ini mungkin mendatangkan kesan terhadap penghasilan cip mereka tersendiri yang sehingga kini hanya ditawarkan kepada pengeluar lain seperti Meizu dan Motorola. Tidak diketahui apakah yang akan berlaku selepas ini. Mungkin cip Exynos akan hanya menggunakan cip ARM sepenuhnya sama seperti yang dilakukan oleh Huawei pada cip Kirin mereka,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.