Antara peranti paling unik lima tahun kebelakangan ini ialah Samsung Galaxy A80 dengan sistem kamera melungsur yang berputar. Dengan edisi Blackpink, ia tular di media sosial kerana keunikannya. Kini menurut laporan Galaxy Club, Samsung sedang membangunkan peranti kemas kini untuk Galaxy A80.

Menurut mereka peranti ini menggunakan nama Galaxy A82. Ia melangkaui A81 kerana tiada peranti gantian dilancarkan tahun lalu. Antara maklumat awal yang diketahui ia akan menyokong rangkai 5G. Yang menjadi misteri ialah sama ada kamera berputar akan dikembalikan.

Walaupun unik, sistem kamera putar ini adalah agak perlahan dan cenderung kepada masalah tersekat selepas beberapa bulan. Isu terbesar ialah komponen berputarnya juga mendedahkan komponen dalaman kepada bendasing yang boleh merosakkan peranti.

Masih wujudkah peminat peranti dengan kamera berputar atau Samsung menggunakan teknologi lebih terkini seperti kamera bawah skrin UPC yang baru dipatenkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.