Samsung Tidak Akan Menghadiri IFA 2020

Acara IFA 2020 tahun ini akan dilangsungkan dari 3-5 September hadapan. Penganjur mengambil langkah berani meneruskan acara teknologi ini walaupun dunia masih berjaya menentang wabak Covid-19. Satu syarikat besar yang tidak akan menghadiri IFA tahun ini ialah Samsung menurut laporan Korea Herald.

Ini adalah kali pertama sejak 1991 Samsung tidak menghadiri IFA. Ketiadaan mereka pasti akan dirasakan kerana Samsung menggunakan dewan terbesar City Cube di Messe Berlin setiap kali acara berlangsung. Antara produk yang diperlihatkan oleh mereka di IFA ialah televisyen pintar baharu dan produk yang dilancarkan sebelum itu di acara Unpacked.

Tidak seperti acara sebelum ini, IFA 2020 akan hanya membenarkan wartawan yang dijemput hadir dengan jumlah pengunjung turut dihadkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*