Sandaran Manual Google Drive Sedang Diuji Pada Android Pie

Dalam peranti Android, lebih-lebih lagi peranti yang menjalankan Android asli seperti Pixel atau peranti Android One – fungsi sandaran Google Drive berlaku secara automatik. Google akan membuat sandaran kepada data-data aplikasi, sejarah panggilan telefon, kenalan, tetapan peranti, gambar dan video dan juga SMS.

Seorang pembangun dari XDA, menemui sesuatu dalam Android Pie pada Pixel 2 XL – di mana sandaran ini turut boleh dilakukan secara manual. Tetapi, kerja-kerja pengkodan perlu dilakukan. Ini bermakna, Android Pie akan datang atau mungkin pada Pixel 3 – pengguna mampu membuat sandaran secara manual.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.