Mesej-mesej yang dihantar menerusi WhatsApp mempunyai sokongan penyulitan dari hujung ke hujung bagi mengelakkan ia diintip pihak ketika. Malang sekali peyulitan yang sama tidak pula diberikan kepada sandaran yang dilakukan ke storan awanan. Ini menimbulkan satu lubang gelung yang mungkin boleh dieksploit oleh mereka yang mempunyai niat yang jahat.

Kini menurut WANBetaInfo, WhatsApp kini sedang membangunkan sistem penyulitan sandaran awanan yang memerlukan pengguna memasukkan kata laluan terlebih dahulu sebelum kesemua data dikembalikan kepada peranti. Kata laluan ini akan hanya diketahui oleh pengguna kerana tidak dikongsi dengan Facebook. Ciri yang amat dinantikan ini kelak akan dapat dinikmati pengguna Android dan iOS.

Seperti beberapa ciri ujian yang kami laporkan, tiada tarikh diketahui bilakah ia akan diberikan kepada umum. Kadang kala ia mengambil masa berbulan seperti sokongan panggilan video dan telefon menerusi desktop yang baru sahaja diaktifkan kepada pengguna Beta sahaja setakat ini. Projek paling lama ialah WhatsApp untuk iPad yang kini senyap selepas dilaporkan lebih dua tahun lalu

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.