SanDisk sedia terkenal dengan penawaran ruangan storan mereka, dan terkini mereka hadir dengan sebuah produk khusu menyasarkan para pengguna iPhone, iaitu SanDisk iXpand Base.

SanDisk iXpand Base merupakan sebuah peranti khusus yang boleh digunakan anda untuk mengecas peranti, dan pada masa yang sama ketika sedang mengecas, ia turut membuat salinan pendua untuk gambar dan video yang dirakamkan pada telefon iPhone anda.

SanDisk iXpand Base

SanDisk mengatakan ia mampu membuat salinan pendua untuk gambar, video dan juga buku alamat – selain untuk pengecasan ia menggunakan tenaga 15W.

Penawaran SanDisk ini mungkin sesuai untuk anda yang banyak merakamkan gambar, dan boleh balik ke rumah pada waktu malam untuk cucuk pada iXpand Base bagi tujuan membuat sandaran secara automatik.

SanDisk iXpand Base ini ditawarkan dalam variasi storan bermula 32GB sehingga 256GB. Penawaran rasmi untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.