Sarang Burung Walit : Alternatif kepada Sirip Ikan Yu

Munirah Abd Rahman
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan

Sarang burung walit dan sirip ikan yu merupakan produk haiwan yang mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi. Kedua-dua produk haiwan ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana menjadi bahan utama bagi hidangan mewah terutama di negara-negara Asia. Majlis atau keramaian di hotel-hotel yang mewah akan menghidangkan sup sarang burung walit atau sup sirip ikan yu yang sangat berkhasiat terhadap kesihatan. Inovasi dalam dunia penyelidikan juga telah mengaplikasikan sarang burung walit dan juga sirip ikan yu sebagai bahan asas bagi produk kosmetik dan makanan tambahan. Oleh yang demikian, pedagang-pedagang sarang burung walit dan sirip ikan yu giat mencari peluang untuk menjalankan aktiviti mengeksport hasil mereka memandangkan harga pasaran yang begitu lumayan. Sarang burung walit yang belum diproses boleh mencecah harga sekitar RM3500 – RM4000 per kilogram manakala sirip ikan yu pula sekitar RM2700 – RM3000 per kilogram. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang dan pengguna juga perlu mengetahui kesan penggunaan produk haiwan ini terhadap ekologi untuk kelestarian ekosistem.

Sarang Burung Walit Sirip Ikan Yu

Sarang Burung Walit ‘VS’ Sirip Ikan Yu

Perbandingan Nutrisi antara Sarang Burung Walit dan Sirip Ikan Yu

Sup Sarang Burung Walit Sup Sirip Ikan Yu

Ancaman terhadap Populasi Ikan Yu

Populasi spesies ikan yu di seluruh dunia semakin terancam apabila haiwan marin ini diburu untuk mendapatkan siripnya. Lebih 70 juta dianggarkan ikan yu dibunuh setiap tahun di seluruh dunia kerana permintaan yang tinggi. Terdapat spesies ikan yu yang terancam teruk dan menghampiri kepupusan disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa. Fungsi ekologi ikan yu ialah bagi memastikan keseimbangan ekosistem marin. Ikan yu berada di atas rantaian makanan bertindak mengawal populasi haiwan pemangsa yang lain. Tanpa ikan yu, ekosistem marin menjadi tidak seimbang apabila haiwan pemangsa lain yang berlebihan akan menjejaskan haiwan marin yang kecil, juga sumber makanan manusia. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan agar ikan yu terus terpelihara dalam ekosistem marin. Hidangan makanan mewah seperti sup sirip ikan yu perlu dihentikan dan boleh digantikan dengan hidangan sup sarang burung walit.

Sirip yang diambil daripada Ikan Yu Spesies Ikan Yu diancam Kepupusan

Kredit Foto : shutterstock / Lano Lan

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.