Satisfactory, permainan simulator pembinaan kilang produksi dengan pengalaman pengembaraan didalam dunia yang penuh dengan makhluk alien.

Permainan yang dibangunkan oleh Coffee Stain Studios ini bakal tiba di Steam pada 9hb Jun, sekaligus meninggalkan status Early Access kelak.

Untuk pengetahuan, Coffee Stain adalah studio disebalik pembangunan permainan Goat Simulator dan Deep Rock Galactic.

Satisfactory adalah sebuah permainan yang dibangunkan sejak tahun 2016 dan mula diumum pada tahun 2018 dan mula dijual sebagai permainan Eksklusif di Epic Games Store tahun lepas. Permainan ini mencapai jualan yang memberangsangkan didalam platform tersebut dengan mencecah sebanyak 500,000 unit jualan.

Untuk sesiapa yang berminat, anda boleh tambahkan permainan ini didalam “Wishlist” anda untuk mendapat notis pelancaran permainan ini di Steam.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.