Selepas Vivo Y31s, kini timbul pula desas-desus baru yang mendakwa Oppo juga bakal menggunakan cip Snapdragon 480 pada peranti mereka. Peranti misteri ini dikhabarkan telah tersenarai di penanda aras Geekbench.

Peranti berkenaan dilihat muncul dengan nombor model OPPO PEHT00 dan menggunakan pemproses ‘holi’ – yang dikatakan berkait dengan cip Snapdragon 480. Selain itu, peranti ini juga berjaya menjaringkan sebanyak 525 mata untuk ujian teras tunggal. Manakala, 1,560 mata untuk ujian pelbagai teras.

Melaluinya, ia turut memperlihatkan peranti ini mungkin dilengkapi memori 8GB RAM dan sistem operasi Android 11. Buat masa ini, Oppo dilihat belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. Jadi, rasanya adalah lebih baik jikalau kita menganggapnya sekadar satu spekulasi awal semata.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.