TechSemut Malaysia

Scam Windows Movie Maker Palsu Merebak Pantas Dengan Bantuan Google

Scam Windows Movie Maker Palsu Merebak Pantas Dengan Bantuan Google

Scam Windows Movie Maker Palsu Merebak Pantas Dengan Bantuan Google
November 13
15:30 2017

Seperti yang kita semua sudah maklum, perisian pengeditan video kesukaan ramai daripada Microsoft, Windows Movie Maker telah ditamatkan pada Januari 2017 yang lalu. Pengguna yang tidak memasang Microsoft Live Essentials 2012 atau perisian WIndows Movie Maker sebelum tarikh tersebut, sudah tidak boleh memuat turun aplikasi kegemaran ramai itu lagi pada laman web rasmi Microsoft.

Namun begitu, harapan masih ada dengan sumbangan daripada orang ramai di dalam komuniti. Banyak laman web ada menyediakan pakej pemasangan luar talian yang lengkap bagi pengguna yang gagal mendapatkan perisian tersebut daripada Microsoft. Seperti kebanyakan pengguna internet lain di dunia, sudah tentulah mereka akan ke Google untuk mencari pakej pemasangan ini di internet.

Ini pula cerita tentang bagaimana syarikat enjin pencarian internet terbesar di dunia, iaitu Google telah secara langsung membantu penipu menipu ribuan pengguna yang mencari perisian Windows Movie Maker untuk dipasang pada komputer mereka.

Scam ini sangat serius sehinggakan pada minggu lepas, syarikat antivirus terkenal iaitu ESET telah mengeluarkan amaran rasmi pada laman web mengenai scam Windows Movie Maker dengan kod amaran “Win32/Hoax.MovieMaker.A“.

Bagaimana Google Membantu Penipu Ini?

Google menjadi pilihan ramai dalam mencari maklumat yang dikehendakai di dalam internet dengan kepantasan dan ketepatan yang tinggi. Oleh itu, halaman pertama pada keputusan carian Google adalah tersangat penting. Para syarikat gergasi dunia telah menggunakan pelbagai kaedah untuk terus kekal di halaman pertama keputusan carian Google dengan pelbagai cara termasuklah dengan melabur sejumlah wang yang besar. Ini kerana, hampir 90% klik datangnya daripada halaman pertama keputusan carian Google.

Lain pula jadinya apabila kedudukan di halama pertama keputusan carian ini ditentukan melalui algoritma jumlah carian dan lawatan laman sesawang. Laman sesawang yang bertanggungjawab melakukan penipuan melalui perisian palsu Windows Movie Maker, iaitu “www.windows-movie-maker.org” telah mendapat kedudukan teratas dalam halaman keputusan carian Google. Ini telah memperdaya ramai orang untuk melawati laman hasad ini dan seterusnya memasang pakej perisian palsu yang disediakan mereka. Laman web ini telah wujud sejak tahun 2010.

Mereka yang memiliki perlindungan tambahan contohnya seperti Avast Web Rating boleh mengesan laman web ini dengan amaran. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai sistem keselamatan seperti ini, risiko untuk tertipu adalah sangat tinggi.

Bagaiman Scam Ini Menipu Anda?


Apabila mangsa melawati laman sesawang tersebut dan memuat turun perisian Windows Movie Maker, mangsa akan menerima Windows Movie Maker yang berfungsi dengan normal dan mempunyai semua ciri-ciri Windows Movie Maker asal. Masalah timbul apabila mangsa ingin menyimpan hasil video mereka. Tetingkap tambahan akan muncul yang meminta mangsa membuat bayaran seolah-olah perisian Windows Movie Maker tersebut adalah sebuah perisian premium ataupun perisian percubaan. Setelah beberapa ketika juga, ada mangsa yang melaporkan perisian tersebut juga akan meminta bayaran sekiranya mangsa ingin terus menggunakan perisian Windows Movie Maker yang dimuat turun di laman sesawang tipu tersebut.

Sekiranya mangsa bersetuju untuk membayar, mereka akan dibawa ke halaman untuk membuat bayaran. Harga yang ditawarkan adalah 29.95$ (lebih kurang RM125.48) setelah pemberian diskaun sebanyak 25%.

Pelbagai laporan telah dibuat kepada Google dan Bing mengenai scam ini. Bing telah memberi maklum balas pantas dan segera membuang laman web tersebut daripada halaman keputusan mereka. Google pula, masih diam tanpa sebarang komen.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sekiranya anda telah memuat turun perisian Windows Movie Maker daripada “www.windows-movie-maker.org“, adalah disarankan anda segera menyahpasang perisian tersebut dengan segera dan melakukan pemeriksaan sistem dengan menggunakan perisian antivirus yang bagus.

Bonus

Sekiranya ada di antara pembaca ingin mendapatkan perisian Windows Movie Maker yang asli, boleh lah memuat turun pakej Windows Live Essentials 2012 di laman sesawang yang dipercayai. Saya menggunakan rujukan daripada MajorGeek.com.

Pautan : Windows Live Essentials 16.4.3528

sumber artikel : omghackers.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com