Secara Purata, Apple Membeli Syarikat Kecil Lain Setiap Dua Ke Tiga Minggu Sekali

Apple merupakan salah satu syarikat teknologi gergasi yang mempunyai lebihan kewangan yang sangat tinggi. Ia sering menjadi bahan perbualan ramai penganalisa dalam menyasarkan syarikat-syarikat yang mungkin menjadi sasaran dan melengkapkan lagi Apple.

Bercakap mengenainya, Tim Cook melalui temuramah di CNBC, dilihat mengatakan Apple membeli syarikat lain setiap dua ke tiga minggu sekali, secara purata. Dalam tempoh enam bulan terakhir sahaja, Tim Cook mengatakan Apple telah membeli sekitar 25 syarikat lain.

Apa pun, menjadi kebiasaan untuk Apple untuk tidak mengumumkan pembelian syarikat pada nilai kecil. Kadang-kala, Apple juga mengambil-alih kepakaran, tenaga kerja dan paten milik sesuatu syarikat dalam proses pengambil-alihan – berbanding ingin memiliki jenama atau syarikat berkaitan.

Tim Cook turut dipetik mengatakan yang mana Apple sering mengambil-alih syarikat yang dapat disesuaikan dengan tujuan strategik Apple – sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Apple di pasaran.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.