Sega Menerbitkan 4 Permainan Mini Percuma Termasuk Yakuza X Streets Of Rage

Acara ulangtahun ke-60 Sega nampaknya masih rancak minggu ini mahupun selepas pengumuman permainan percuma dan penjualan permainan klasik Sega Genesis / MegaDrive pada minggu lepas.

Kali ini, mereka menyambutnya dengan pelancaran 4 permainan mini bersempena dengan permainan-permainan klasik mereka.

Apa yang menarik, salah satu dari empat permainan tersebut adalah Streets Of Kamurocho, iaitu sebuah kombinasi antara Yakuza dan Streets of Rage. Permainan yang dibangunkan oleh Empty Clip Studios ini membolehkan pemain bermain sebagai Kiryu dan Majima untuk bertempur yakuza di lorong Kamurocho.

Permainan-permainan yang lain adalah:

  • Endless Zone: Permainan tembak ala-klasik yang menyatukan Fantasy Zone dengan siri Endless.
  • Armor Of Heroes: Permainan pandangan atas yang diinspirasikan oleh permainan Company Of Heroes namun khas untuk perlawanan kereta kebal.
  • Golden Axed: Menariknya permainan ini adalah sebuah permainan prototaip yang pernah dibatalkan sebelum ini.

Kesemua empat permainan diatas ditawarkan secara percuma hanya untuk PC bermula pada hari ini dan akan diberi secara berturut-turut pada waktu yang terhad.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*