Sega membuat pengumuman Game Gear Micro bersempena dengan ulangtahun syarikat tersebut yang ke-60. Untuk pengetahuan, Game Gear adalah sebuah konsol mudah alih Sega yang pernah dilancarkan pada tahun 1990.

Namun versi moden ini lebih kecil dari saiz asal dan bakal disediakan didalam 4 jenis warna, iaitu hitam, biru, kuning dan merah. Uniknya, permainan video yang disediakan adalah berbeza pada setiap warna peranti tersebut.

Hitam:

  • Outrun
  • Puyo Puyo Tsu
  • Royal Stone
  • Sonic the Hedgehog

Kuning:

  • Nazo Puyo: Arle no Roux
  • Shining Force
  • Shining Force II
  • Shining Force: Final Conflict

Merah:

  • Columns
  • The G.G. Shinobi
  • Megami Tensei Gaiden: Last Bible
  • Megami Tensei Gaiden: Last Bible Special

Biru:

  • Baku Baku Animal: Sekai Shiikugakari Senshuken
  • Gunstar Heroes
  • Sonic & Tails
  • Sylvan Tale

Berikut adalah saiz peranti Game Gear Micro:

  • Lebar: 80mm
  • Tinggi: 43mm
  • Kedalaman: 20mm

Sega juga mengumumkan Big Window untuk membantu paparan skrin yang lebih besar dan ianya diberi secara percuma jikalau anda membeli kesemua empat set warna.

Game Gear Micro akan mula dilancarkan di Jepun, 6hb Oktober pada paras harga JPY 4,980 (~RM 200), namun tiada maklumat mengenai penjualan peranti ini untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Gematsu, Nintendo Life.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.