TechSemut Malaysia

Segalanya Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Honor 10

Segalanya Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Honor 10

Segalanya Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Honor 10
Jun 14
13:52 2018

Telefon pintar Honor 10 yang telah dilancarkan pada bulan lalu merupakan satu peranti pertama dari keluarga Honor yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk. Telefon pintar ini dilihat telah mengikuti trend rekaan terkini iaitu hadir dengan skrin nirbingkai dan rekaan takuk yang telah hadir pada kebanyakkan peranti flagship tahun ini. Namun, apakah ciri yang menarik tentang telefon pintar keluaran Honor ini?

Rekaan Premium Yang Memberikan Kesan Cahaya Yang Cantik.

Dari segi rekaannya, telefon pintar ini hadir dengan rekaan premium dimana ia dibina dengan rekaan skrin 5.84 inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ dan bertakuk. Honor 10 juga menawarkan rekaan paparan nirbingkai dengan nisbah memanjang 19:9.  Sisi kerangka telefon pintar ini diperbuat daripada aluminium dan panel belakangnya pula diperbuat daripada kaca Aurora sekaligus dapat memberikan kesan cahaya yang cantik jika disuluhkan.

Dari segi kemasannya pula, ia cukup baik bagi sebuah peranti kelas pertama dengan harga mampu milik. Walaupun telefon pintar ini dijual pada harga yang mampu milik, kemasan yang direka membuatkannya setanding dengan kemasan peranti-peranti premium yang lain.

Fungsi Kamera Hadapan Dan Belakang Dengan Teknologi Beauty in AI

Telefon pintar ini juga hadir dengan rekaan kamera utama dan kamera hadapan yang dibina dengan teknologi Beauty in AI. Bagi kamera utama, ia menggabungkan sensor 16+24Megapixel f/1.8+lensa monokrom dengan teknologi pengesan fokus berfasa (PDAF). Apa yang lebih menarik tentang peranti ini adalah kebolehannya merakam, mengesan objek atau suasana dan dapat membezakan lebih daripada 500 senario dan 22 katogori. Hal ini kerana kamera utamanya mempunyai kecerdasan buatan yang dibina dengan cip Hisilicon Kirin 970 yang membolehkannya menjalankan ciri ini.

Berikut merupakan fungsi-fungsi yang ada pada kamera hadapan dan belakang Honor 10:

3D Portrait Lighting: Fungsi ini membolehkan sesuatu gambar dapat diambil dengan jelas dan tajam serta efek bokeh yang dapat menampakkan hasil fotografi yang professional berkualiti studio.

AR Lens: Anda boleh mengubah latar belakang gambar secara automatik dengan cara mengenalpasti wajah dan latarnya sahaja.

Kesan Bokeh pada Potret Dengan Aperture Yang Besar: Dengan sensor pengimejan 16MP bersama 24MP, Honor 10 mampu menghasilkan gambar yang lebih asli dan tepat, dengan keperincian yang tinggi pada setiap objek. Malah kesan bokeh ini boleh dimanipulasi oleh pengguna bagi merakam gambar objek lain serta pemandangan.

Dan ini adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan Honor 10.

Jadi, berdasarkan gambar-gambar di atas, kita dapat lihat bahawa gambar yang dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar ini mampu mengambil gambar yang sangat cantik dengan keperincian yang teliti termasuklah dari segi penghasilan warna dan dapat memberikan efek cahaya yang mencukupi walaupun di tempat-tempat yang gelap.

Kamera AI Yang Menghasilkan Gambar Mengikut Objek

Satu lagi ciri yang ada pada kamera Huawei adalah teknologi kecerdasan buatan. Ini juga jelas dinyatakan pada label di badan peranti iaitu AI Camera. Apabila mengaktifkan fungsi Camera AI, pengguna dengan mudah dapat merakam gambar yang lebih cantik dibantu oleh keperincian kecerdasan buatan ini.

Berikut merupakan gambar yang dirakam menggunakan fungsi ini:

Jelas sekali tanpa mengubah tetapan, Camera AI dapat mengesan subjek penggambaran dan mencadangkan mod rakaman yang bersesuaian, sekaligus menghasilkan gambar yang lebih baik secara automatik.

Spesifikasi Peranti Yang Baik Dan Dapat Melancarkan Penggunaan

Telefon pintar keluaran Honor ini juga dibina dengan cip pemprosesan Hisilicon Kirin 970 dan juga dilengkapi dengan 4GB RAM yang membolehkan pelbagai aplikasi dijalankan secara serentak tanpa sebarang masalah lengah masa.

Bagi menjamin prestasi telefon pintar ini untuk menjadikan pergerakkannya lebih lancar juga, sistem operasi Android Oreo 8.1 dengan antaramuka EMUI 8.1 yang juga membawakan ciri Android asli seperti Google Message, penggunaan Google Assistant yang lebih mudah dan juga App Shortcuts apabila ikon aplikasi ditekan.

Telefon pintar Honor 10 yang dibina dengan sistem Android 8.1 ini juga menyokong beberapa fungsi menarik seperti:

App Twin – Dapat melancarkan pengguanaan dua aplikasi yang sama dengan menggunakan log masuk yang berbeza.

Hide Notch – Ciri ini dapat menyembunyikan takuk pada skrin peranti sekiranya anda tidak menyukainya.

Home Screen Style – Ciri ini dapat mengaktifkan talam aplikasi.

Navigation Dock – Ciri ini mempunyai butang atas skrin yang mana kedudukannya boleh diubah bagi mereka yang kurang menggemari navigasi atas skrin yang berasaskan gesture.

Off-screen navigation button – Ciri ini dapat mengawal peranti sepenuhnya dengan hanya menggunakan gesture pada pengimbas cap jari.

Phone Manager – Ciri ini dapat membantu anda memeriksa tahap kesihatan peranti dan juga dapat digunakan untuk membersihkan storan.

Smart Remote – Ciri ini dapat digunakan alat kawalan jauh.

Split Screen – Ciri ini dapat digunakan bagi membolehkan pengguna untuk membuka dua aplikasi serentak.

Themes – Pengguna boleh mengguna ciri ini untuk memuat turun tema baru bagi antaramuka peranti.

Ultra Snapshot – Ciri ini membolehkan pengguna untuk mengambil gambar dengan pantas sebelum dibuka dengan hanya menekan butang suara bawah sebanyak dua kali.

Ciri Fingerprint dan Face Unlock

Sudah menjadi trend rekaan telefon pintar zaman sekarang dimana setiap telefon pintar akan dibina dengan sistem nyah-kunci dengan imbasan cap jari. Begitu juga dengan telefon pintar Honor 10 dimana ia hadir dengan ciri sensor Ultrasonic fingerprint dibawah kaca dimana ciri ini masih boleh memberi pengguna untuk mengakses kamera walaupun jari anda basah.

Begitu juga dengan ciri nyah-kunci berasaskan wajah dimana ciri ini juga semakin popular pada pelbagai peranti akhir-akhir ini. Telefon pintar keluaran Honor ini juga tidak ketinggalan untuk menyertakan sistem nyah-kunci Ultra-Fast Face Unlock dimana sistem ini menggunakan sokongan kamera hadapan dan dilihat lebih mudah digunakan untuk mengakses peranti yang dikunci berbanding dengan sekuriti yang lain.



Kesimpulannya, Honor 10 merupakan peranti kelas utama dengan harga yang mampu milik. Rekaan dan kemasan telefon pintar ini amat memuaskan dimana keseluruhan peranti diperbuat daripada kaca dan aluminum dengan tubuh yang selesa untuk digenggam. Malah dengan kemaskini harga iaitu RM 1,599 berbanding harga dahulu RM 1,699, ia membuatkan harganya sangat berbaloi di pasaran tempatan sekaligus menjadikannya telefon pintar kelas utama dengan harga yang amat kompetetif.

Beli: Honor 10 dari vmall

Penafian: Advertorial Dari Honor

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com