Sel Solar Perovskit Boleh Menjana Kuasa Dari Cahaya Lampu Pintar

Sel solar yang digunakan sekarang diperbuat daripada silikon berhablur dan hanya beroperasi dengan baik degan cahaya matahari yang terik. Tetapi jika sel solar ini diletakkan di dalam rumah, cahaya-cahaya dari lampu mentol, LED atau cahaya-cahaya lain adalah tidak cukup untuk memberi kuasa yang baik. Terkini, sekumpulan penyelidik dari Itali, Columbia dan Jerman sedang mengkaji dengan sel solar perovskit fleksibel. Ia adalah satu sel solar dalam bentuk filem tipis, boleh menjimat penggunaan kuasa lebih dari 20% 200 lux dalam pencahayaan rumah biasa.

Ya, pencahayaan dalam rumah. Ini kerana sel solar ini dicipta untuk menggunakan hanya cahaya dari dalam rumah agar boleh memberi kuasa kepada peranti-peranti berhubung. Dengan menggunakan sel solar seperti ini ia adalah tiga kali ganda lebih efisien berbanding sel solar biasa. Kenapa ia dicipta? Zaman sekarang adalah zaman teknologi moden dan pintar. Ramai orang mula memiliki pelbagai peranti berhubung dan ia menggunakan tenaga yang amat banyak. Untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran tenaga ini, sel solar ini dicipta untuk memberi kuasa yang efisien.

Perovskit adalah antara bahan kajian dalam kategori fotovoltan, iaitu bahan kompaun organik, logam dan halida dengan struktur kristal yang mencerminkan sifat kalsium mineral titanium oksida. Ia juga adalah bahan kos rendah dan lebih tahan lama. Melalui sel solar ini, penggunaan tenaga semula dengan kos rendah dan lebih efisien dapat dijadikan realiti. Ada banyak lagi sel solar lain seperti silikon amorfus yang digunakan dalam kalkulator, tetapi kecekapan penggunaan tenaga hanya 9% berbanding sel perovskit 20%.

Menurut Thomas Browm, selaku ketua projek – beliau berhasrat untuk mengintegrasikan sel solar ini ke dalam peranti berhubung seperti termostat, penggera kebakaran, kamera litar tertutup, atau mana-mana peranti berhubung yang menggunakan sensor tenaga rendah. Dengan mengintegrasi sel ini, ia boleh menggantikan penggunaan bateri.

Dukacitanya, sel solat perovskit ini mudah degradasi apabila terdedah kepada lembab, suhu yang tidak menentu, cahaya ultraviolet, oksigen dan banyak elemen lain lagi. Tetapi jika digunakan pada suasana yang terkawal, sel solar ini boleh bertahan berpuluh tahun.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*