Berita Menarik

Selain Android P Beta, Wear OS Turut Menerima Kemaskini Baru

Pembaca : 7
0 0

Wears OS adalah sistem operasi daripada Google yang dibangunkan khusus untuk jam tangan pintar. Ia boleh dikatakan baru, kerana sebelum ini Wear OS adalah Android Wear. Baru-baru ini, selain daripada Android P Beta menerima kemaskini beta terakhir – Wear OS turut menerima kemaskini baru.

Walaupun kemaskini ini bukanlah satu kemaskini sistem yang utama, tetapi ia masih lagi sesuatu yang baik. Ini kerana Wear OS adalah sama dengan Android asli yang digunakan oleh barisan telefon pintar Pixel. Ia akan menerima kemaskini yang pantas. Perkara baru dalam kemaskini ini adalah –

  • Membayar dengan Google Pay dengan lebih pantas (tiada di Malaysia).
  • Kemaskini rekaan untuk aplikasi tetapan dan temu janji.
  • Membaiki pepijat penyelarian zon masa.

Jika anda memiliki sebuah jam tangan pintar Wear OS – anda boleh terus kemaskini melalui tetapan atau juga Play Store.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.