TechSemut Malaysia

Selamat tinggal Philae!

Selamat tinggal Philae!

Selamat tinggal Philae!
Januari 26
15:00 2017

Capture

Philae adalah robot pertama ciptaan manusia yang berjaya mendarat di atas sebuah komet bernama 67P/G-C (67P/Churyumov-Gerasimenko). Ia mula dilancarkan pada bulan Mac 2004 di atas pesawat Rosetta sebelum benar-benar berjaya mendarat di atas komet tersebut pada tahun 2014. Projek ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh European Space Agency (ESA).

Setelah 15 bulan berada di komet tersebut, saintis kini telah terputus hubungan dengan Philae sehingga memaksa mereka menghentikan sebarang usaha untuk menghubunginya lagi. Perkara ini berlaku kerana Philae telah mendarat di tempat yang salah dimana ia terlindung daripada cahaya matahari. Ini menyebabkan jangka hayatnya hanya mampu bertahan selama 60 jam sebelum sepenuhnya berhenti berfungsi. Namun, pemergian Philae ini tidak semestinya sesuatu yang buruk. Ini kerana ia telah pun berjaya melengkapkan 80% misi saintifik di komet tersebut. Ini termasuklah mengambil beberapa keping gambar permukaan komet tersebut dan mengenal pasti elemen yang terdapat padanya.

Dalam kajian tersebutlah saintis mendapati 67P/G-C mengandungi elemen nitrogen dan karbon yang sebelum ini tidak dikesan pada komet-komet yang lain. Saintis juga mendapati 67P/G-C mengandungi elemen formaldehyde iaitu sejenis sebastian penting kepada hidupan. Namun, disebabkan Philae telah mendarat di tempat yang tidak sepatutnya, ia gagal untuk menggerudi komet dan mengumpulkan lebih banyak sampel elemen pada komet tersebut.

7 bulan selepas kematian baterinya, Philae secara tiba-tiba bangun semula. Analisa saintis menyebut ia disebabkan komet 67P/G-C yang telah berpusing dan menyebbkan Philae terdedah kepada cahaya. Namun, apabila saintis mendapati isyarat radio yang dihantar tidak diterima dalam tempoh yang lebih lama, mereka menganggapnya ia mungkin tidak akan menerima lagi signal balas daripada Philae. Ini kerana, berkemungkinan komponen-komponen Philae sudah pun jahanam disebabkan suhu yang terlampau sejuk di angkasa lepas. Selain itu, terdapat juga kemungkinan Philae telah di selubungi oleh habuk yang tebal dan menyebabkan ia tidak dapat dihubungi lagi.

Sumber : IFLScience

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Sumber : www.sciencenazi.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com