TechSemut Malaysia

Selamatkah loji tenaga nuklear?

Selamatkah loji tenaga nuklear?

Selamatkah loji tenaga nuklear?
Januari 26
14:57 2017

NE

Pada 11 Mac 2011, Loji Nuklear di Fukushima Jepun telah di serang gempa bumi yang dahsyat pada skala 9.0 Ritcher. Saintis di bilik kawalan telah cuba menutup operasi loji tersebut namun gagal, justeru proses penyejukan tidak dapat di lakukan pada waktu kecemasan. Ini menyebabkan pusat (core) yang terdapat pada 3 reaktor yang berbeza mencair dan menyebabkan letupan berlaku. Letupan ini pula di susuli dengan pembebasan bahan radioaktif yang banyak ke alam sekitar. Ia merupakan sebuah peristiwa yang buruk dalam sejarah loji nuklear, menyebabkan muncul golongan-golongan aktivis di peringkat antarabangsa yang menentang sebarang usaha menjana kuasa elektrik daripada sumber tenaga tersebut. 5 tahun selepas peristiwa tersebut, kesan daripada bencana masih terus berlaku di mana bahan nuklear masih lagi di laporkan bocor ke lautan pasifik dan masih terdapat bertan-tan sisa yang belum dapat di bersihkan.

Pencapaian manusia dalam bidang nuklear semuanya bermula pada tahun 1946, iaitu tahun yang di sebut-sebut sebagai “the atomic era”. Ia adalah tahun di mana industri berasaskan nuklear giat di bangunkan. Surat-surat khabar, majalah-najalah dan kertas-kertas kajian penuh dengan ramalan bahwa manusia akan tiba ke sebuah zaman urban di mana bandarayanya di kuasakan sepenuhnya oleh tenaga nuklear. Pengerusi daripada US Atomic Energy Comission, David Lilienthal antara orang yang berimpian tinggi untuk merealisasikan perkara tersebut. Menurutnya, “atomic energy is not simply a search for new energy, but more significantly a beginning of human history in which faith in knowledge can vitalise man’s whole life”.

Namun, sejak tahun 1960 sehingga 1970 persepsi orang awam terhadap kuasa nuklear mula memburuk. Tragedi nuklear di Three Mile Island, Pennsylvania yang berlaku pada 1979 menyebabkan ramai orang yang semakin sedar akan bahaya nuklear lalu menentangnya. Gelombang ini terus meningkat pada tahun 1986, apabila dunia di kejutkan pula dengan tragedi nuklear di Chernobyl. Peristiwa ini menyebabkan perkembangan teknologi nuklear di seluruh dunia hampir-hampir di hentikan. Menurut Nikolaus Muellner, ketua di International Nuklear Risk Assessment Group, “the chernobyl acident almost brought to a halt the deployment of nuclear power plants”. 

Tambahnya lagi, “the first generation of plants was construsted  and built in the 50s and 60s, then the second generation was built in the 70s and 80s. Then you have a gap”. Ketika tiba di gap tersebut, saintis telah muncul dengan generasi ke-3 loji nuklear dimana tahap keselamatannya telah ditingkatkan bahkan mampu mengatasi sebarang serangan bencana seperti di Chernobyl tanpa membebaskan sebarang tumpahan bahan radioaktif yang signifikan ke alam sekitar. Akan tetapi, dengan meningkatnya gelombang penentangan orang awam terhadap kuasa nuklear, generasi ke-3 loji nuklear ini mustahil dapat di bina dan dapat diuji.

Industri nuklear kini berada di persimpangan. Untuk meningkatkan tahap keselamatan loji nuklear daripada generasi sebelumnya, maka loji nuklear baru perlu di bina lagi dan lagi. Namun, di sebabkan ketakutan orang awam terhadapnya, ia juga bermakna tidak ada lagi loji nuklear yang dapat di bina. Kemudian berlaku pula tragedi di Fukushima, maka semakin rancaklah gelombang penentangan tersebut. Keadaan ini di burukkan lagi apabila negara-negara maju seperti Jerman telah berikrar untuk menutup ke semua operasi tenaga nuklear di negaranya menjelang tahun 2022. Manakala Itali pula telah membuat referendum di mana 94% telah mengundi untuk membantah kerajaan membina loji nuklear yang baru. Di Perancis pula, presiden Francois Hollande telah menyatakan hasratnya untuk mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap kuasa Nuklear. Di UK pula, tiada loji baru yang pernah di bangunkan semenjak tahun 1995 lagi. Perancangan sebuah syarikat kuasa di UK iaitu EDF untuk membina sebuah loji baru nuklear telah berhadapan dengan tentangan secara besar-besaran  daripada orang ramai. Dengan semua ulasan-ulasan ini, maka kita perlu bertanya ke manakah laluan tenaga nuklear seterusnya?

20 tahun yang lepas, kebanyakan negara barat telah mengekalkan loji nuklear masing-masing dengan meningkatkan tahap keselamatan sesuai dengan piawaian antarabangsa. Terdapat juga negara-negara ini yang memanjangkan masa operasi loji nuklear mereka daripada waktu yang sepatutnya. Menurut Muellner, “the reactor were designed for a lifetime of 40 years, and then they got extended to 60 years. The older reactors are going to stay online for a long time, and they dominate the total risk of a nuclear accident”. Tambahnya lagi, “ if you build new power plants somewhere, that’s an event that will get attention. But lifespan extension is something which is not perceived!” Dalam masa yang sama, tanpa membina loji nuklear yang baru teknologi baru nuklear tidak akan dapat diuji dan justeru tahap keselamatannya juga tak dapat dipertingkatkan.

Namun, adakah betul loji nuklear merupakan sebuah bencana yang perlu ditakut-takutkan? Bagaimana jika di bandingkan dengan sumber tenaga yang lain? Seorang penyelidik tenaga, Brian Wang menyebut, tenaga nuklear bukan ancaman sebenar kepada manusia berbanding sumber tenaga gas, minyak atau arang batu. Menurutnya, kadar kematian yang di sebabkan pencemaran udara akibat pembakaran gas dan arang batu adalah lebih besar berbanding jumlah kematian yang disebabkan oleh keseluruhan insiden bencana loji nuklear. Sumber arang batu, gas dan minyak menurut Brian Wang menyebabkan 36 kematian per terawatt-hour (TWh) manakala loji nuklear hanya menyumbang 0.04 kematian per TWh – bahkan lebih rendah daripada tenaga boleh di perbaharui seperti tenaga suria dan angin. Kajian daripada penyelidik yang lain juga menunjukkan perkara yang sama.

Jika diperhatikan, loji nuklear yang aktif berfungsi melepaskan hampir sifar jumlah karbon ke udara. Sisa buangan yang dilepaskan oleh loji nuklear hanyalah tenaga haba dan sisa nuklear sahaja. Perangkaan menunjukkan, prestasi loji nuklear jauh lebih baik berbanding sumber tenaga lain dalam aspek pembebasan bahan buangan. Menurut Ben Caldecott daripada University of Oxfords’s Smith School, “if you dont replace the existing nuclear power stations that we have globally then it makes meeting the objective of having a low carbon power system much much harder”.

Terdapat banyak perdebatan yang berlaku hari ini berkenaan peranan loji nuklear terhadap perubahan iklim dunia. Bahkan terdapat 2 pergerakan aktivis alam sekitar yang bercanggah berkenaan hal ini. Sebuah kelompok yang menggelar diri mereka sebagai ‘ecomodernist’ menolak aktivis alam sekitar lain yang mendakwa loji nuklear adalah buruk. Menurut Ecomodernist Manifesto yang di terbitkan pada April 2015, “nuclear fission today represents the only present-day zero- carbon technology with the demonstrated ability to meet most, if not all, of the energy demands of a modern economy”. Lagi, menurut manifesto tersebut, “a new generation of nuclear technologies that are safer and cheaper will likely be necessary for nuclear energy to meet its full potential, as a critical climate mitigation technology”.

Apakah pandangan akitivis alam sekitar ortodoks akan hal ini? Menurut website Greenpiece, “ building enough nuclear power stations to make a meaningful reduction in greenhouse gas emission would cost trilions of dollars, create tens of thousands of tons of lethal high-level radioactive waste, contribute to further proliferation of nuclear weapons materials, and result in a chernobyl-scale accident once every decade”.

Jadi, adakah loji nuklear selamat dan menyelamatkan? Menurut Mueller, perkataan selamat adalah subjektif kerana menurut beliau, “there’s a set of rules, they differ around the world, so the word ‘safe’ means something different in different countries”. Dari segi bahan bakar pula, pada hari ini saintis mula berpindah daripada menggunakan sumber Uranium kepada Thorium. Thorium menghasilkan sisa yang jauh kurang bahaya daripada Uranium. Bahkan ia juga banyak boleh diperolehi di bumi berbanding Uranium. Namun, hipotesis ini masih belum lagi dapat diuji. Pada tahun 2012, Bulletin of the Atomic Scientists menulis berkenaan Thorium, dimana ia “require too great an investment and provide no clear pay offs”. Namun, terdapat ramai penyelidik yang yakin, Thorium adalah jalan keluarnya kepada kemelut kuasa nuklear sekarang. Selain alternatif menggunakan Thorium, terdapat juga saintis yang mencadangkan loji nuklear supaya di bina di lautan luas seperti pusat penggalian gas dan minyak mentah. Cadangan ini bakal menyelesaikan beberapa permasalahn utama yang bersangkutan dengan kuasa nuklear antaranya – menyejukkan loji nuklear, kedudukan yang jauh daripada penempatan orang ramai. Loji ini juga bahkan boleh di gerakkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain bergantung kepada permintaan. Namun, membina loji nuklear sebegini tetap tidak bebas daripada segala risiko dan bahaya. Antara ancaman yang boleh berlaku adalah pelanggaran bot, serangan penyamun laut dan juga tenggelam ke dalam laut.

Persoalannya adakah tenaga nuklear merupakan tenaga yang di janjikan pada masa hadapan? Ia bergantung. Di negara seperti China dan India di mana rakyatnya kurang memberi perhatian terhadap polisi-polisi kerajaan, pihak bertanggungjawab di sana sangat aktif membangunkan kuasa nuklear di negara mereka menggunakan generasi ketiga loji nuklear. China kini mempunyai 29 loji nuklear dan jumlah tersebut bakal menjadi 2 kali ganda lebih besar menjelang tahun 2020. Manakala India kini mempunyai 21 loji nuklear, di mana 20 loji nuklear baru akan di bina tidak lama lagi.

Keadaan ini berbeza dengan masyarakat barat yang sangat peka dengan polisi kerajaan mereka. Membina loji nuklear yang baru di sana tidak semudah di negara India dan China. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Selain bakal menghadapi bantahan daripada rakyatnya, pemaju nuklear juga perlu bersaing dengan pemaju tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui di mana tenaga-tenaga ini lebih dekat dengan rakyatnya. Membina loji nuklear baru hampir mustahil di sana. Loji nuklear di barat semakin dihimpit dengan propaganda  tenaga alternatif yang dikatakan murah, mudah dan bebas daripada sebarang pembebasan bahan bertoksid. Bagaimana dengan Malaysia, kami secara personal berbincang hal ini dengan beberapa orang pensyarah ketika berada di sarjana muda dahulu. Kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju. Lebih menarik apabila di tanya kepada seorang pensyarah fizik nuklear kami, Prof. Karsono Ahmad Dasuki, “ saya memang tidak bersetuju jika loji nuklear hendak di bina di Malaysia. Kalau apa-apa berlaku, kita nak lari mana? Malaysia bukan besar”.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com