Pada hari ini, terdapat pelbagai laman yang menawarkan pembelajaran percuma – seperti Khan Academi, Codecademy, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, yang menyasarkan pelajar tempatan masih sedikit, dan kandungan untuknya juga tidak begitu banyak di arena internet.

Menyedarinya, kini Yayasan Selangor hadir dengan penawaran portal e-pembelajaran sendiri yang disokong oleh kerajaan Selangor, dinamakan Smart Selangor Free Tuition.

Smart Selangor Free Tuition

Portal ini ditawarkan akses secara percuma, dan buat masa ini kandungan padanya lebih menyasarkan untuk pelajar SPM 2017. Antara topik yang diliputi adalah termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan juga Sains. Pelajaran Fizik dan Matematik Tambahan bakal ditambah tidak lama lagi pada penawaran Smart Selangor Free Tuition ini.

Untuk memudahkan lagi proses pembelajaran, sebuah aplikasi Android turut ditawarkan, bagi membolehkan pengguna mengikuti pembelajaran menggunakan peranti mudah-alih mereka. Perkhidmatan ini juga turut menyediakan ujian atas-talian untuk pelajar menyemak pemahaman mereka mengenai sesuatu topik terus atas-talian.

Bagi anda yang menduduki SPM pada tahun ini, mungkin boleh menyemak penawaran percuma ini daripada Yayasan Selangor.

Layari : Smart Selangor Free Tuition

Muat-Turun Smart Selangor Free Tuition untuk Android

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.