Selepas Melancarkan Wing, LG Kini Mengacah Peranti Skrin Boleh-Gulung Pula

Semalam LG Wing telah dilancarkan sebagai peranti pintar pertama dengan dwi-skrin yang boleh berputar. Di akhir siaran langsung pelancaran Wing, LG mengacah sebuah peranti dengan skrin boleh-gulung pula.

Peranti ini juga di bawah LG Explorer Project yang ingin memperkenalkan rekaan yang berbeza dari peranti lain di pasaran. Video acah pendek sekitar lima saat menunjukkan skrin yang boleh ditarik keluar dari pandangan sisi.

LG adalah antara pengeluar yang terawal mempatenkan teknologi ini dan juga pelopor skrin boleh-gulung pada televisyen tahun lalu. Besar kemungkinan peranti skin boleh-gulung ini akan dilancarkan tahun hadapan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*