TechSemut Malaysia

Selepas Menewaskan Pemain Go Terbaik Di Dunia, AI AlphaGo Akan Bersara

Selepas Menewaskan Pemain Go Terbaik Di Dunia, AI AlphaGo Akan Bersara

Selepas Menewaskan Pemain Go Terbaik Di Dunia, AI AlphaGo Akan Bersara
Mei 29
10:02 2017

Algoritma komputer AlphaGo milik Google akan bersara daripada permainan Cina Go setelah menewaskan pemain terbaik dunia pada minggu lepas, kata pemaju AlphaGo pada Sabtu lepas. Pemain terbaik dunia Ke Jie, tewas 3-0 dalam siri permainan yang dihoskan di The Future of Go Summit di Wuzhen, China minggu lepas.

AlphaGo menjadi terkenal lebih setahun yang lalu apabila ia mengalah secara mengejut pemain legenda Lee Se Dol 4-1 dalam perlawanan yang diadakan di Seoul. Kebanyakan ahli sains komputer menjangkakan AlphaGo akan dapat hanya menewaskan pemain Go yang handal lagi beberapa dekad kerana kompleksiti permainan Go tersebut. Tetapi dengan kekalahan Ke Jie dan Lee Se Dol menunjukan daya kekuatan AI pada AlphaGo. AI AlphaGo, yang dibangunkan oleh DeepMind berpangkalan di London, yang telah dibeli oleh Google untuk sekitar $USD 500 juta pada tahun 2014.

Go dikenali sebagai permainan strategi yang paling mencabar di dunia, dan ini membuatkan medan yang sesuai untuk membangunkan teknologi AI untuk berlawan dengan manusia. Selain dari Google, Tencent juga adalah antara firma teknologi lain telah mengeluarkan AI permainan tersebut.

Go melibatkan dua pemain yang bermain dengan kayu atau batu hitam dan putih pada papan yang bergaris petak seperti catur atau dam, kedua-dua pemain tersebut cuba untuk menawan wilayah yang paling banyak. Permianan Go dicipta hampir 3000 tahun yang lalu di China, ia dimainkan di seluruh dunia tetapi yang paling popular di Asia Timur.

Pasukan di sebalik AlphaGo, sebahagian daripada unit Google DeepMind , mengatakan mereka masih merancang untuk menerbitkan satu kertas akademik memperincikan apa yang A.I. telah mengajar mereka, serta membina alat untuk mengajar manusia untuk menjadi pemain Go yang lebih baik.

Perlawanan minggu lepas hebat diperkatakan di China, tetapi pihak berkuasa China tiba-tiba melarang liputan secara langsung sebelum perlawanan pertama pada hari Selasa lepas, menyebabkan kemarahan pada media sosial China.

Larangan itu tidak dijelaskan, tetapi ia mungkin didorong olehj spekulasi bahawa ia ada kaitan dengan sejarah tegang Google dengan Beijing. Google menutup laman web www.google.cn pada tahun 2010 selepas serangan siber yang berturut-turut dan penapisan dari China, dan kebanyakan applikasi dari Google masih kekal disekat oleh pihak berkuasa.

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com