Selepas Motorola, HTC Mungkin Juga Akan Mengembalikan Semula Peranti Klasik

Motorola mendapat perhatian dunia minggu ini kerana mengembalikan semula peranti Razr yang sudah hampir sedekad dihentikan penggunaan namanya. Dari reaksi di Internet, nampaknya ramai pengguna yang mendambakan peranti klasik ini. Selepas kejayaan Motorola, mungkin HTC pula akan mengikuti langkah yang sama.

Drew Banford yang merupakan ketua HTC Research menghantar ciapan di atas yang bertanya telefon pintar keluaran HTC manakah yang perlu dikembalikan dengan menggunakan teknologi semasa. Dari maklum balas pengguna, ramai yang inginkan One M7 dilancarkan semula.

One M7 bagi mereka yang kurang mengenalinya ialah telefon pintar dari tahun 2013 dengan tubuh aluminium sepenuhnya. Pada waktu sama ia juga yang pertama dengan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan berteknologi BoomSound. Ia antara peranti kegemaran kami dan sehingga kini disimpan di makmal Amanz. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Peranti HTC manakah yang perlu dikembalikan ke pasaran?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.