Berita Menarik

Seluar Jeans Dengan Poket Khas Untuk Peranti Pintar Dihasilkan

Pembaca : 9
0 0

Dimanakah anda meletakkan peranti apabila tidak menggunakannya? Kerap kami lihat ia diletakkan di poket belakang. Ini adalah sedikit bahaya kerana sekiranya terlupa skrin mungkin retak atau peranti melengkung apabila terduduk. Kami secara peribadi meletakkan di poket hadapan kerana terasa lebih selamat dan takut menjadi mangsa penyeluk saku.

Syarikat Muji melancarkan seluar jeans dengan poket tambahan pada bahagian belakang khas untuk peranti pintar. Ia terletak di atas poket belakang pinggul kanan dan sedikit ke sisi bagi mengelakkan insiden terduduk di atas peranti. Harga jualan jeans Muji ini ialah £30 (RM 166) sepasang.

Ini ialah evolusi poket seluar yang sepatutnya telah lama dilakukan. Poket jeans sedia ada masih mempunyai poket kecil untuk jam poket yang sudah pupus penggunaannya kecuali anda adalah hipster seperti Wak Doyok. Adakah anda mahu membeli seluar dengan poket khas seperti di atas?

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.