Semua iPhone 12 Tidak Akan Dilengkapi Skrin 120Hz Menurut Penganalisa Ternama

Adakah skrin 120Hz penting bagi anda bagi mendapatkan tatalan paling lancar pada peranti? Sekiranya ya dan dan anda juga penggemar iPhone kami ada sedikit berita buruk. Menurut laporan MacRumors yang memetik penganalisa ternama Ming-Chi Kuo, kesemua model iPhone 12 tahun ini tidak akan menyokong skrin kadar segar semula 120Hz.

Sebaliknya ia akan hanya diperkenalkan pada iPhone 2021. Sekiranya ramalan terkini beliau ini menjadi kenyataan, tahun ini akan menjadi tahun kedua iPhone masih degil menggunakan skrin 60Hz sahaja sedangkan pada tahun 2020 peranti kelas permulaan Android seperti Oppo A53 (dengan Snapdragon 460) sudah menyokong skrin 90Hz.

Tiada sebab diberikan mengapa skrin 120Hz tidak digunakan walaupun dalam ujian iOS14 Beta kod skrin kadar segar semula tinggi ini ditemui. Pada hemat kami ia berkait rapat dengan prestasi bateri yang akan terjejas teruk apabila dipadankan pula dengan sokongan 5G kelak.

Kesemua peranti 90Hz, 120Hz dan 144Hz yang kami ulas setakat ini menawarkan hayat penggunaan yang kurang memuaskan walaupun masih menggunakan 4G di Malaysia. Secara tradisi bateri pada iPhone adalah lebih kecil berbanding Android. Sekiranya ramalan Kuo adalah tepat, ia langkah yang berani oleh Apple demi bateri tetapi akan menjadi bahan ketawa peminat Android untuk 2020.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*