Sensor pengimbas nadi dipopularkan pada peranti mercu Samsung suatu ketika dahulu sebelum ciri ini dihentikan sekitar dua tahun lalu. Ini dilakukan kerana ia jarang digunakan dan kini lebih sesuai digunakan pada jam tangan pintar. Google hari ini mengumumkan ciri mengimbas nadi dan memantau pernafasan akan diberikan kepada kesemua peranti Pixel mereka.

Menerusi kemas kini yang akan diberikan kelak, bacaan nadi boleh dilakukan dengan meletakkan jadi pada kamera belakang. Dengan melihat perbezaan warna kulit, algoritma perisian boleh melakukan bacaan nadi pengguna.

Seterusnya kadar pernafasan juga boleh dipantau menggunakan kamera swafoto. Perisian melihat pergerakan dada ketika bernafas untuk melakukan bacaan. Kesemua bacaan kesihatan ini kemudiannya akan disimpan dalam aplikasi Google Fit.

Pemberian kemas kini akan diberikan bermula bulan hadapan pada peranti Pixel terlebih dahulu dengan perancangan memberikannya kepada kesemua peranti Android menerusi aplikasi Google Fit kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.