Senarai 10 selebriti terkaya YouTube 2020 menurut Forbes telah akhirnya diumumkan. Gelaran YouTuber terkaya untuk tahun ketiga berturut-turut jatuh ke tangan Ryan ToysReview yang menjana pendapatan mencecah $29.5 juta (~RM 119.7 juta). Kejayaan Ryan ini amat menakjubkan kerana beliau hanya seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan tahun ini pendapatan beliau meningkat dari $26 juta pada tahun 2019 dan $22 juta pada tahun 2018. Walaupun YouTube mula mengekang pengiklanan kepada kanak-kanak kerana COPPA, Ryan langsung tidak terjejas.

Beliau diikuti oleh Mr.Beast (~RM 97.4 juta), Dude Perfect (~RM 93.3 juta) Rhett and Link (~RM 81.2 juta) dan Markiplier (~RM 79.1 juta). Buat pertama kalinya sejak Forbes mengeluarkan senarai YouTuber terkaya, PewDiePie tidak tersenarai kerana mula mengurangkan aktiviti pada tahun 2020.

Tetapi seperti yang anda dapat lihat sendiri di bawah, kerjaya sebagai selebriti YouTube boleh memberikan keuntungan jika anda mempunyai penonton yang tinggi.

Senarai 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2019

1.Ryan ToysReview – $29.5 Juta (~RM 119.7 Juta)

2.Mr.Beast – $24 Juta (~RM 97.4Juta)

3. Dude Perfect – $23 juta (~RM93.3 juta)

4.Rhett and Link – $20 Juta (~RM 81.2 Juta)

5.Markiplier – $19.5 Juta (~RM 79.1 Juta)

6.Preston Arsement – $19 Juta (~RM 77.1 Juta)

7.Anastasia Radzinskaya – $18.5 Juta (~RM 75.1 Juta)

8.Blippi – $17 Juta (~RM 69 Juta)

9.David Dobrik – $15.5 Juta (~RM 63.7 Juta)

10.Jeffree Star – $15 Juta (~RM 60.9 Juta)

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.