TechSemut Malaysia

Senarai 5 pengeluar telefon terbanyak di dunia

Senarai 5 pengeluar telefon terbanyak di dunia

Disember 04
15:50 2017
Share Button

Jualan telefon pintar di dunia berjumlah 383 juta pada suku ketiga tahun menyaksikan peningkatan 3% dalam tempoh yang sama pada tahun 2016.

Angka yang dikeluarkan, Gartner Inc selaku penyelidik bebas menunjukkan semua lima vendor telefon pintar teratas mencapai pertumbuhan dua digit melainkan Apple yang mencapai peningkatan 5.7% peratus.

Menurut Anshul Gupta, pengarah penyelidikan Gartner, walaupun terdapat kelemahan pasaran di China, jualan telefon pintar masih meningkat pada suku ketiga 2017 di mana negara yang sedang membangun di Asia Pasifik termasuk Malaysia dan Amerika Utara antara tumpuan pertumbuhan telefon pintar pada suku tersebut.

Asia Pasifik menyaksikan pertembungan Samsung dan Huawei selain Xiaomi dan Vivo mengikut rapat.

Samsung menguasai 22.3% pasaran telefon pintar manakala Apple di tempat kedua dengan 11.9% sementara Huawei di tangga ketiga dengan 9.5%.

Manakala Oppo dan Xiaomi masing-masing 7.7% serta 7% di tempat keempat dan kelima.

Gartner mengatakan Samsung memperoleh jualan memberangsangkan untuk Galaxy S8, S8+ dan Note 8 sementara peningkatan Apple berikutan jualan model rendah, iPhone 5S yang berjaya di pasaran dunia.

Jualan telefon mengikut jenama:

  1. Samsung: 85,605,300 unit
  2. Apple: 45,441,900 unit
  3. Huawei: 36,501,800 unit
  4. Oppo: 29,449,200 unit
  5. Xiaomi: 26,853,100 unit
  6. Lain-lain jenama: 159,552,100 unit

Generated by IJG JPEG Library

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com