Sennheiser, jenama pembuat perkakasan audio yang terkemuka hari ini mengumumkan kehadiran fon kepala premium terbaru mereka, Sennheiser HD 820 untuk pasaran Malaysia.

Fon kepala HD 820 ini hadir dengan pelbagai jenis rekaan baru yang membolehkannya memiliki kualiti audio yang cukup unik sekali. Apabila dilihat untuk kali pertama, fon kepala ini dilihat mengekalkan rekaan terbukanya, tetapi ia juga hadir dengan kaca melengkung yang menutup diafragma fon kepala tersebut.

Transduser Ring Radiator yang digunakan pada fon kepala ini memberi pengguna kualiti audio seakan-akan mereka sedang menggunakan fon kepala dengan rekaan terbuka, dan dengan gabungan kaca melengkung Gorilla Glass 6, Sennheiser bukan sahaja memastikan bahawa pengguna boleh mendengar muzik dengan pentas bunyi yang besar, tetapi kaca tersebut juga akan mengasingkan bunyi persekitaran daripada telinga pengguna.

Dalam pada itu, Sennheiser juga mengumumkan penjualan amplifier HDV 820 yang dikatakan teman yang dapat memaksimakan kualiti audio fon kepala HD 820, dengan cara mengurangkan herotan audio untuk memastikan bahawa isyarat audio yang dihantar kepada fon kepala adalah sebersih yang mungkin.

Kedua-dua fon kepala Sennheiser HD 820 dan amplifier HDV 820 ini juga hadir dengan sokongan untuk sambungan Pentaconn, piawaian sambungan seimbang yang terbaru.

Fon kepala Sennheiser HD 820 dan amplifier HDV 820 ini sudahpun hadir di pasaran Malaysia, dan boleh dibeli di kedai Sennheiser di KLCC pada harga RM 11,900 dan RM 12,990.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.