10422449_10152378823852217_5857638676733326740_n
MOJAVE, California: Seorang maut dan seorang lagi cedera parah apabila kapal angkasa penumpang Virgin Galactic terhempas ketika penerbangan ujian di Gurun Mojave, California, hari ini.

Sekurang-kurangnya dua juruterbang berada dalam pesawat itu yang menjalani penerbangan ujian pertama sejak Januari lalu.

Juruterbang pesawat maut dan mayatnya ditemui di celah bangkai pesawat manakala juruterbang kedua berjaya menyelamatkan diri selepas menekan kerusi tempat duduk dan kemudiannya menggunakan payung terjun tetapi cedera parah.

Televisyen yang menyiarkan tempat kejadian berkenaan menunjukkan dua bahagian kapal terbang itu berada di atas permukaan tanah.

Syarikat pemilik kapal itu menyebut ia musnah sepenuhnya.

Sheriff Wilayah Kern, Donny Youngblood berkata, bangkai pesawat bersepah kira-kira 1.6 kilometer.

 

 

SUMBER : BHARIAN

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.