Tahun lalu kamera utama 12-Megapixel yang digunakan pada Galaxy S7 dihasilkan oleh Sony dan juga oleh Samsung sendiri. Penggunaan dua pengilang berbeza ini adalah bagi memastikan stok komponen untuk menghasilkan peranti adalah mencukupi.

Samsung Galaxy S8Seperti tahun lalu tahun ini Samsung sekali lagi menggunakan dua sensor berbeza untuk S8. Peranti mungkin dilengkapi sensor Sony IMX333 atau Samsung S5K2L2 ISOCELL untuk kamera utama. Ini berbeza dengan Sony IMX260 atau Samsung ISOCELL S5K2L1 yang digunakan tahun lalu. Penggunaan sensor dengan kod berbeza ini mengesahkan S8 tidak sekadar mengitar semula kamera S7.

Kamera hadapan pada S8 pula menggunakan sensor Sony IMX320 dan Samsung LSI (S5K3H1). Tahun ini kamera hadapan dilengkapi sistem auto fokus untuk pemfokusan lebih jitu. Walaupun menggunakan empat sensor berbeza, kualiti gambar yang diambil adalah setara.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.