TechSemut Malaysia

Serangan Ransomware WannaCry Telah Merebak Ke 150 Negara

Serangan Ransomware WannaCry Telah Merebak Ke 150 Negara

Serangan Ransomware WannaCry Telah Merebak Ke 150 Negara
Mei 15
08:30 2017

Sejak penemuannya pada petang Jumaat, serangan ransomware WannaCry terus merebak pada hujung minggu lepas, memberi kesan lebih 10,000 organisasi dan 200,000 individu di lebih 150 negara, menurut pihak berkuasa Eropah. Walau bagaimanapun langkah-langkah yang telah diambil untuk melambatkan penyebaran malware tersebut, tetapi terdapat variasi baharu ransomware ini telah mula merebak.

Pengarah Europol Rob Wainwright memberitahu BBC bahawa serangan siber ini adalah tidak pernah berlaku dalam skala sebesar ini dan menyatakan bahawa ia mungkin akan terus merebak dengan pantas apabila orang ramai kembali bekerja pada hari Isnin iaitu hari ini. Walaupun Microsoft mengambil langkah luar dengan mengeluarkan patch untuk Windows XP, patch ini hanya akan berfungsi jika dipasang (install), dan pihak berkuasa telah memberi amaran kepada syarikat perniagaan untuk memastikan sistem mereka diperbaharui.

Serangan ransomware bermula pada petang Jumaat minggu lepas, di mana ia memberi kesan kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (National Health Service) dan menyebabkan produksi kilang Renault di Perancis diberhentikan. Seorang pakar keselamatan siber berusia 22 tahun dikenali sebagai MalwareTech telah berjaya memperlahan serangan dengan mendaftar nama domain yang beliau temui dalam kod ransomware ini. Katanya kepada BBC bahawa serangan lain yang mungkin datang tidak lama lagi, tetapi serangan kali ini mungkin dapat menangani cara untuk memperlahankan serangan tersebut.

Penyelidik telah sejak menemui dua variasi baharu pada ransomware tersebut. Satu telah disekat dengan pendaftaran nama domain yang lain, tetapi varian lain tidak mempunyai cara untuk dihentikan, tetapi hanya sebahagian darinya yang berfungsi.

Ransomware ini mengeksploitasi kelamahan keselamatan dalam Windows XP, dan apabila ia menjangkiti sesebuah komputer, ia akan menguncikan fail-fail yang berada dalam komputer tersebut dan merebak ke komputer lain dan menguncik fail-fail komputer itu pula. Mangsa akan menerima permintaan untuk bayaran sebanyak $ 300 dalam Bitcoin untuk mendapatkan semula akses kepada komputer mereka. Walau bagaimanapun, serangan ini telah merebak secara global, ia dipercayai bahawa hackers tersebut hanya menerima sekitar $ 20,000 pembayaran.

Wainwright berkata syatikat-syarikat perniagaan dan badan-badan organisasi perlu memastikan bahawa sistem mereka telah dikemas kini dengan ciri keselamatan yang terkini untuk membantu mencegah serangan Ransomware WannaCry berlanjutan dan untuk melambatkan penyebaran ransomware tersebut. Beliau berkata Europol akan bekerjasama dengan Federal Bureau of Investigation FBI untuk mencuba dan menemui pelaku di sebalik serangan ini.

SOS
The Verge

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com