Serangga : Barisan Hadapan (Frontliners) Agen Pendebungaan

Oleh :Dr Suganthi Appalasamy & Nivaarani Arumugam
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

Ramai antara kita akan menggigil apabila melihat serangga yang terbang atau lompat berdekatan. Perkara pertama yang kita mencari adalah sesuatu alatan atau penyembur serangga untuk menghalau serangga tersebut. Serangga sentiasa dianggap atau dilihat sebagai pemusnah ketenteraman hidup manusia. Namun, terdapat juga serangga yang berwarna-warni dan mempunyai imej yang dapat menarik perhatian manusia seperti kupu-kupu. Apabila kita tersua dengan serangga yang menarik, kita akan rasa kagum dan cuba berinteraksi dengan serangga tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa biasanya kita menilai tahap kebaikan dan kepentingan sesuatu serangga melalui penampilan luar ataupun aesthetic value. Kita sering lupa bahawa daripada semua spesies serangga yang terdapat di dunia, hanya 1% sahaja yang dikategorikan sebagai perosak serta membawa kerugian kepada manusia. Namun begitu, setiap serangga mempunyai peranan unik dalam ekosistem kita. Pada norma baharu ini marilah kita memahami kepentingan serangga di dunia ini dan sama-sama menyayangi serangga.

Rajah 1: Gambar menunjukkan bunga halia (Alpinia rafflesiana) yang dikerumuni oleh semut hitam di Negeri Sembilan.

Serangga merupakan agen pendebungaan utama dalam proses pendebungaan iaitu proses pemindahan debunga dari anter ke stigma. Proses ini penting bagi memastikan kejayaan persenyawaan pokok dan seterusnya untuk kemandirian spesies tumbuhan. Pendebungaan semula jadi dilakukan oleh serangga, burung, kelawar, air dan angin. Manakala, pendebungaan berbantu pula dilakukan dengan bantuan manusia. Mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh para penyelidik, pendebungaan yang dilakukan oleh agen pendebungaan serangga adalah pendebungaan yang paling berjaya berbanding agen pendebungaan yang lain. Contoh agen pendebungaan serangga yang telah dikenalpasti adalah lebah, kupu-kupu, rama-rama, kumbang, tebuan, semut dan lalat. Pemahaman terdapat kepentingan serangga sebagai agen pendebungaan membuktikan bahawa serangga adalah barisan hadapan (frontliners) agen pendebungaan. Kita harus sentiasa berterima kasih kepada barisan hadapan ini yang tidak pernah gagal mewarnai hidup kita secara tidak langsung.

Rajah 2: Debunga putih seakan bedak pada anter bunga Zingiber puberulum di negeri Pahang.

Proses pendebungaan selalu dibincangkan untuk pokok bunga di kebun dan tanaman pertanian. Hari ini marilah kita terokai serba sedikit mengenai pokok yang jarang kita memberi tumpuan walaupun dekat di hati iaitu pokok halia. Terdapat kira-kira 1600 spesies pokok halia yang merangkumi 50 genera di dunia. Kebanyakan spesies halia hanya dijumpai di kawasan hutan. Pokok ini dikenali sebagai pokok herba secara umum kerana kepentingan nilai perubatannya. Pokok ini juga sering digunakan oleh orang asli dalam penyediaan makanan dan ubatan. Pendebungaan oleh serangga sangat penting untuk pokok halia bagi memastikan kemandirian pokok di hutan untuk jangka masa yang panjang.

Rajah 3: Struktur debunga pokok halia di bawah mikroskop cahaya dengan magnifikasi 1000x.

Artikel Berkaitan : Potensi Pokok Halia Hutan Sebagai Tumbuhan Hortikultur

Bunga halia sangat cantik dan unik. Setiap spesies mempunyai jenis bunga yang berbeza. Bunga pokok halia sering dikunjungi oleh pelbagai jenis serangga. Antaranya adalah lebah, semut, lalat, kumbang dan kupu-kupu. Kajian lepas membuktikan bahawa lebah dan kumbang merupakan agen pendebungaan utama bagi pokok halia. Kajian oleh Takano et al. (2005) menunjukkan lebah yang dikenali J , insebagai Carpenter bees merupakan agen pendebungaan utama untuk spesies halia Alpinia nieuwenhuizii iaitu halia Borneo. Butiran debunga dijumpai pada badan lebah selepas lebah melawat bunga halia tersebut. Seterusnya, bila lebah ini melawat bunga lain debunga pada badanya akan dipindahkan ke bunga tersebut melalui geseran. Hal ini membantu menjayakan proses persenyawaan.

Rajah 4: Lalat merupakan salah satu agen pendebungaan utama pokok halia seperti Alpinia javanica. Gambar ini telah diambil di negeri Kelantan.

Bunga halia sangat cantik dan unik. Setiap spesies mempunyai jenis bunga yang berbeza. Bunga pokok halia sering dikunjungi oleh pelbagai jenis serangga. Antaranya adalah lebah, semut, lalat, kumbang dan kupu-kupu. Kajian-kajian sebelum ini membuktikan bahawa lebah dan kumbang merupakan agen pendebungaan utama bagi pokok halia. Kajian berkaitan agen pendebungan untuk pokok halia di Malaysia kurang dilakukan. Kajian oleh Takano et al. (2005) menunjukkan lebah yang dikenali sebagai Carpenter bees merupakan agen pendebungaan utama untuk spesies halia Alpinia nieuwenhuizii iaitu halia Borneo. Butiran debunga dijumpai pada badan lebah selepas lebah melawat bunga halia tersebut. Seterusnya, bila lebah ini melawat bunga lain debunga pada badanya akan dipindahkan ke bunga tersebut melalui geseran. Hal ini membantu menjayakan proses persenyawaan.

Rajah 5: Dua ekor semut cuba memasuki bunga Alpinia javanica yang belum mekar. Gambar ini telah diambil di negeri Kelantan. Rajah 6: Bunga halia Meistera ochrea dikerumuni oleh semut di Negeri Sembilan.

Kajian terperinci mengenai agen pendebungaan serangga untuk pokok halia hutan kini sedang dilakukan di Universiti Malaysia Kelantan bagi memenuhi jurang penyelidikan yang masih terdapat dalam kajian agen pendebungaan. Maklumat yang lebih lanjut mengenai agen pendebungaan halia di kawasan hutan akan dapat diketahui pada masa hadapan.

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*