TechSemut Malaysia

ServisHero Menawarkan Perkhidmatan Panggilan Bangun Sahur Percuma Sempena Ramadhan

ServisHero Menawarkan Perkhidmatan Panggilan Bangun Sahur Percuma Sempena Ramadhan

ServisHero Menawarkan Perkhidmatan Panggilan Bangun Sahur Percuma Sempena Ramadhan
Mei 24
11:42 2017

Adakah anda jenis yang selalu terlepas waktu sahur di bulan Ramadhan? Jangan risau, kerana ServisHero hadir untuk menyelamatkan waktu makan sebelum Subuh anda.

Perkhidmatan Sahur With ServisHero ini masuk tahun kedua, dan syarikat tersebut membawanya kembali pada bulan Ramadhan tahun ini kerana sambutannya yang sangat menggalakkan tahun lalu. Menjawab pertanyaan pelbagai pihak pada tahun lepas, ServisHero kini turut menyatakan pada laman pendaftaran yang mana mereka tidak akan berkongsi nombor telefon dengan pihak ketiga. Pengguna akan dikejutkan pukul 5 pagi sepanjang Ramadhan ini, iaitu bermula 27 Mei hingga 25 Jun.

Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk panggilan sahur ini melalui laman web ServisHero/. Mereka yang berminat hanya perlu memasukkan nama penuh, alamat emel, nombor telefon mudah-alih, dan ServisHero akan memanggil anda pada 5 pagi sepanjang bulan Ramadhan untuk membangunkan anda untuk sahur.

Bagi anda yang liat bangun pagi, dan inginkan panggilan bangun sahur secara percuma, mungkin boleh menyemak laman ServisHero hari ini.

Layari laman web: Sahur With ServisHero

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com