SESI MEET-UP SEMPENA PROGRAM 5TH UITM CAPTURE THE FLAG AND FORENSIC COMPETITION (ICTFF) DI UITM MELAKA KAMPUS JASIN



Pada 3 November 2019, Karnival ICT & Matematik (KICTM 2019) telah mengadakan satusesi “meet-up” bersama panel industri bersempena program 5th UiTM Capture The Flag And Forensic Competition (iCTFF) di UiTM Melaka Kampus Jasin. Sesi “meet-up” ini melibatkanperkongsian ilmu daripada tiga orang ahli panel industri yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dan dua orang pelajar tahun akhir.

Ketiga-tiga orang ahli panel yang terlibat ialah En. Hasnan bin Hasim, En. Syamsul Syafiq bin Syamsul Kamal dan En. Mohd Shahril bin Hussin. Dua orang pelajar tahun akhir yang turut serta adalah En. Mohd Afiq bin Mohd Yusof dan En. Kheeirul Amidzal A/L Khee King Huat. En. Hasnan bin Hasim merupakan pengasas tunnelbiz.com dan juga merupakan Pengaturcara Kanan untuk kerajaan Malaysia. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk RimauWAF.Panel kedua adalah daripada CyberSecurity Malaysia, iaitu En. Syamsul Syafiq bin Syamsul Kamal. Beliau merupakan pegawai daripada jabatan Malaysian Vulnerability Assessment Centre (MyVAC). Tajuk ucapan beliau ialah “Dark Side of IoT”.

Panel yang ketiga ialah En. Mohd Shahril bin Hussin. Beliau merupakan Pengurus Kanan Keselamatan Data di Bank Standard Chartered. Beliau berpengalaman luas dalam bidang keselamatan maklumat. Tajuk perkongsian daripada beliau ialah “Breaking into Cybersecurity Careers”.Sesi “meet-up” diteruskan lagi dengan perkongsian projek tahun akhir oleh En. Mohd Afiq bin Mohd Yusof.

Beliau sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Jasin dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi Data dan Perangkaian. Beliau telah berkongsi serba sedikit tajuk yang berkaitan projek tahun akhir yang sedang dibangunkan iaitu “Implementing Blockchain On Electronic Voting System”.

Seterusnya, En. Kheeirul Amidzal A/L Khee King Huat juga merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Komunikasi Data dan Perangkaian di UiTM Jasin. Beliau telah berkongsi serba sedikit berkaitan dengan tajuk projek tahun akhir beliau iaitu “Jail performance on FreeNAS”.

Sesi “meet-up” ini sangat bermanfaat khususnya buat para pelajar kerana ianya mengandungi pelbagai perkongsian ilmu pengetahuan daripada panel yang berpengalaman dalam bidang mereka. Ianya memberi gambaran kepada pelajar tentang hala tuju selepas menamatkan pelajaran di peringkat universiti mengenai bidang yang mereka mahir atauminati.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.