Set Berkas ROG Phone Bersama Semua Aksesori Disenaraikan Pada Harga Promosi RM6999

Asus Malaysia kini telah menyenaraikan penawaran edisi khas untuk ASUS ROG Phone yang turut menyertakan semua aksesori khusus bersama-sama dengannya. Untuk makluman, ASUS ROG Phone 8GB RAM bersama storan 512GB ditawarkan pada harga RM3999 di Malaysia, dan semua aksesori turut ditawarkan pada harga mencapai RM3943.

Dengan membeli kedua-duanya, iaitu ROG Phone bersama semua set aksesori, ia membawa kepada tanda harga RM7942. Namun, kini untuk waktu terhad, Asus Malaysia menawarkan keseluruhan set edisi khas ini pada harga RM6999. Promosi ini ditawarkan bersempena dengan jualan 11 November esok, dan terhad untuk sehari sahaja.

Aksesori yang ditawarkan untuk ROG Phone ini adalah termasuk ROG Phone Case, ASUS Professional Dock, Gamevice Controller untuk ROG Phone, Mobile Desktop Dock, ROG Suitcase, ASUS WiGig Display Dock dan juga TwinView Dock.

ROG Phone boleh dikatakan antara peranti memfokuskan permua yang menarik dipasaran. Apatah lagi ia menyertakan paparan skrin yang cantik, selain pelbagai bentuk kawalan permua yang dioptimasikan.

Namun, pada masa yang sama, terdapat beberapa alternatif lain dipasaran juga, seperti Razer Phone dan juga BlackShark Helo daripada Xiaomi.

Jadi, pada harga mencapai RM6999, adakah anda akan mendapatkan keseluruhan set ROG Phone ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.